Tuesday, January 31, 2012

It's got to be a bootleg!

It seems that the effort of bootleggers goes beyond boundaries!

I just got a so-called "Abhorer Demo and 7"EP" digipak CD, which merely just a CDR pressed, with covers of the digipak creatively printed in hard, thick paper, then folded, glued together to form a digipak-alike, with one bend between 2 panels. The most creative part, I must say that I am impressed, is the CD holder glued to the "digipak" is taken from slim jewel case where you can actually see the broken part at the edge of the jewel case.

So, the questions, is it really a Blackwinds Productions or just another stupid ignorance attempt to convert the demo and 7"EP's mp3 to a CDR, and print the cover using color printer, and voila! Here is the rarest gem on earth!



"Stupid is as stupid does", says Forrest..

Monday, January 30, 2012

Review: EXMORTIS "FADE FROM REALITY" 7"EP 1991

Exmortis
Fade From Reality 7"EP 1991
Rage Records


Saya lebih sukakan 7"EP berbanding LP. Tak tau mengapa, mungkin disebabkan oleh bunyi yang lebih raw, dan ia lebih mudah dipegang berbanding LP. Exmortis, band death metal dari Maryland, US menjadi santapan malam ini. Saya mengenali band ini daripada demo "Immortality's End" (1989) dan antara band yang banyak circulate dalam dunia tape trading. Begitu juga dengan fanzine waktu itu banyak mengenengahkan Exmortis.

Keistimewaan? Tidaklah ada sesuatu yang asli, menarik perhatian. Cuma muziknya betul-betul mewakili band death metal US ketika itu. Tidak seperti Eropah, yang saya rasakan mengutamakan kelajuan membuta tuli, band US di awal 90-an menggabungkan juga aspek skill dalam gitar, variasi dalam tempo dan keganasan dalam vokal.

Band ini juga antara yang banyak mengeluarkan demo, meskipun saya hanya memiliki "Descends into Chaos" (1988) dan "Immortality's End" (1989). Kesemua demonya saya rasa mudah untuk diperolehi sekarang melalui rapidshare atau mediafire.

Menurut sesetengah laporan, band ini dihidupkan semula. Beberapa kompilasi keluaran awal mereka juga boleh didapati dari Necroharmonic Productions atau ebay di bawah nama "Unhallowed Grave"  atau "Darkened Path Revealed" atau juga yang terkini, "Resurrection.. Book of the Dead".

Aktifnya Exmortis selepas milenium baru ini menandakan band-band old school death metal masih lagi menggatal untuk bermain. Satu sikap yang positif, namun begitu saya masih meragui keseriusan mereka.

Thursday, January 26, 2012

Review: FILSUFATIA "BURIED BENEATH & FORGOTTEN" DEMO 2011

Filsufatia
Buried Beneath & Forgotten Demo 2011
Self-released


Saya diminta oleh rakan saya, Hafeez juga namanya, dari Filsufatia, sebuah one-man band, one-man show, atau apa jua istilah yang nak digunakan. Sebuah band yang proaktif, terus mengeluarkan rilisan walaupun tidak ada full length album lagi dari mereka (dia). Kali pertama saya mendownload demo beliau ialah "Myan Luradh" (2008). Terlalu besar pengaruh dari eastern black metal As-Sahar dalam demo ini.

Saya jangkakan keseluruhan rilisan beliau akan berpaksikan corak muzik yang hampir sama. Paling tidak pun, mungkin masih dalam genre black metal, dengan bunyi gitar yang kering nyaring. Mungkin saya telah buat kesalahan yang sangat besar, dengan tidak mengendahkan muzik Filsufatia.

Baru ini saya telah download "Buried Beneath & Forgotten" (sila klik SINI untuk download secara percuma, memang dibenarkan). Saya memang terpegun dan kagum dengan muziknya. Ternyata Hafeez (juga pemilik blog The Bullet Belt) memang seorang yang artistik, kreatif, proaktif, dan muziknya seolah menggambarkan betapa solemn, depressed insan pemilik blog ini. Ini antara apa yang dapat saya tafsirkan secara membuta tuli melalui muzik Filsufatia.

Tidak lagi kedengaran muzik yang laju, deras seolah-olah mengejar (atau dikejar). Filsufatia, melalui demo ini, membawa pendengar ke alam mistik yang mengkhayalkan. Melodi muziknya berada dalam keadaan top notch, terbaik dan setaraf band gothic/doom antarabangsa. Antara rujukan pertama apabila saya mendengar demo ini ialah ThySerpent dan Katatonia!

Filsufatia sangat melankolik! Tinggalkan Anathema, My Dying Bride, dan apa jua yang anda rasakan cukup melankolik dan menyedihkan! 3 lagu ini sahaja cukup untuk membawa anda menerajui alam muzik yang ekstravaganza, lain dari apa band Malaysia boleh buat. Percayalah! Dengan paduan keyboard dan gitar yang mantap, saya dapat rasakan betapa kreativiti beliau ditonjolkan dengan sempurna. Susunan muzik adalah terbaik. Pada pendapat saya, band ini patut diletakkan di bawah Holy Records atau Adipocere sekiranya ia ditubuhkan di awal 90-an.

Ada yang mencadangkan agar band ini menjadi lebih serius dengan menampilkan ahli yang tetap. Tetapi saya rasakan, lebih baik Filsufatia diterajui oleh seorang sahaja. Dan saya menyeru kepada label tempatan ataupun luar negara (mana-mana yang boleh membaca Bahasa Melayu), ambillah band ini di bawah pengurusan anda! Mesti tak rugi.. Dan kepada Filsufatia, tolonglah releasekan album, anda cukup berbakat!

Tuesday, January 24, 2012

Cerita pasal Dark Angel

Ini bukannya berkenaan siri TV Dark Angel, walaupun Jessica Alba memang cun.

Sebabnya, tengah layan album "Darkness Descends".

Saya mula mengenali Dark Angel apabila VSP mengeluarkan album ini di pasaran tempatan. Komen asal, memang thrash habis waktu itu. Saya selalu meletakkan Dark Angel sebagai band thrash metal dengan sedikit saduran death metal. Walaupun mereka telah terlebih awal mengeluarkan "We Have Arrived" pada tahun  1984, saya lebih suka mendengar "Darkness Descends" sebagai album mereka yang terbaik.

Mengikut tahun keluaran 1986, ketika itu thrash metal Bay Area telah dikenali dunia. Metallica mengeluarkan "Master of Puppets", Megadeth dengan "Peace Sells..", Slayer dengan "Reign in Blood", Exodus dengan "Bonded By Blood" (1985). Semuanya dikeluarkan pada era yang hampir sama. Ini membuatkan album "Darkness Descends" agak diterima berbanding "We Have Arrived" (1984).

Thrash Dark Angel berbeza dengan band Bay Area lain. Kelajuan menjadi teras kepada Dark Angel dalam album "Darkness Descends", seangkatan dengan Slayer pada ketika itu. Mungkin sebab Gene Hoglan yang menjadi drummernya, maka permainan yang laju dan konstan menjadi satu kemestian. Kualiti audionya memang agak kasar sesuai dengan sound thrash 80-an.

Saya ketinggalan dalam mengikuti perjalanan hidup Dark Angel selepas album "Leave Scars" (1989). Album tersebut, pada saya, tidak memiliki ciri yang saya cari seperti di dalam "Darkness Descends". Album terakhir, "Time Does Not Heal" (1991) memang di luar jangkauan saya langsung. Selepas itu Dark Angel dibubarkan. Ada cubaan untuk menubuhkan semula pada tahun 2002. Pada tahun 2005, mereka telah berkubur selamanya disebabkan vokalis Ron Reinhart mengidap penyakit.

Dan rupanya juga, Mustaine pernah menjemput Eric Meyer untuk menyertai Megadeth pada era "Darkness Descends" tetapi ditolak.

Satu band yang agresif, cukup untuk mendefinisikan semuanya berkenaan Dark Angel.

Lelong baucar buku di internet - BH 24 Januari 2012

Diambil dari sini.
Lanjut? Beli akhbar.

What's wrong with us people of Malaysia?

Seingat saya dulu waktu Felda mula meningkat di Pahang, isu subsidi baja.
Kerajaan bagi baja, dijual kepada bangsa asing.
Baucar Buku 1Malaysia, sekiranya dikira semula, jutaan ringgit telah diberi kepada pelajar yang layak.
Kenapa tidak digunakan sebaik mungkin?
Seingat saya, waktu saya belajar, duit loan dihabiskan untuk beli buku.

Apa yang penting untuk pelajar? Buku dah kurang penting?

Teringat kepada lawatan MQA ke KIPSAS September 2011 lepas? Ahli panel sangat menggalakkan pelajar membeli buku kerana trend pelajar sekarang susah sangat beli buku. Itu senario di IPTA, di IPTS saya rasa lagi teruk.

Mungkin perubahan teknologi menyebabkan buku kurang berharga. Semua bergantung pada pakcik google dan wiki.

Sunday, January 22, 2012

Review: IMMOLATE "CONFESSION OF THE ENCHANTED" SINGLE 2010

Immolate
Confession of the Enchanted Single 2010
Eastern Voice Production

Waktunya tengah malam. Kepala pening, hampir nak tidur. Cuma pasangkan CD-single yang baru juga diterima, walaupun rilisannya tahun 2010.

Pertama sekali dalam sejarah hidup saya, saya terkejut dan terus memandang kiri kanan. Rasa darah menyirap dengan tiba-tiba. Bulu tengkuk terus meremang.

Itulah sedikit mengenai apa yang terjadi pada pertama kali memasang CD ini. Mungkin kerana setting speaker saya satu aras dengan laptop dengan kiri dan kanan betul-betul menghadap saya, jadi jeritan black metal di awal single ini yang hanya menawarkan satu lagu, memang betul memberi kesan. Tahniah pada awalnya!

Namun begitu, IMMOLATE meneruskan kekejaman dengan tanpa belas kasihan. Belum sempat bulu roma menurun, lagu yang hampir 4 minit 30 saat ini terus laju memberi kesan kepada saya yang terkial-kial melihat booklet single ini.

Sememangnya IMMOLATE sesuai dengan black metal. Lagunya laju, mengingatkan saya seperti Immortal, Graveland, dan band black metal lain yang underrated, konvensional. Bukan maksud black metal yang tak popular dan berkualiti tetapi IMMOLATE menyediakan pakej yang lengkap sebagai satu rilisan black metal.

Cuma saya dapati vokalnya terlalu kering. Mungkin sekiranya ada diberi effect dalam vokal, ia akan memberi manfaat sedikit. Contoh, tambahkan echo, atau apa saja yang sesuai. Vokalnya seolah mendominasi keseluruhan muzik, dengan sound yang agak kering, ia memberi sedikit kelemahan dalam keseluruhan lagu. Ini cuma pandangan saya.


Saya kurang pasti apakah yang sedang IMMOLATE lakukan, mungkin mereka layak mendapat tawaran full-length kerana muzik sebegini sudah tentunya ada pengikut.

Friday, January 13, 2012

Review: WRAITH "WAR BLACKTHRASH ATTACK!!"

Wraith
War Blackthrash Attack Demo 2009
Self-released


Sebagaimana saya telah tekankan dalam penulisan sebelum ini, black metal bukanlah muzik pilihan saya. Apabila thrash metal digabungkan menjadi blackthrash, sebagaimana Aura Noir antara yang memulakan konsepnya, saya seolah-olah terpaksa memilih antara dua, minat atau tidak. Hasilnya? Dengar dulu, baru tentukan seleranya.

Jadi, saya pun mencuba pelbagai resepi untuk melihat selera sendiri.

Wraith, dari Petaling Jaya, antara band Malaysia yang memainkan muzik stail black/thrash metal. Konsep mereka sangat menakutkan. Dengan logo Nazi, intronya ucapan Hitler (maaf kalau tersilap, saya tidak mengkaji sejarah Nazi dengan teliti), tajuk lagunya "Penghapusan Etnik", "Deathkamp" dan "War Blackthrash Attack!!" cukup menunjukkan fahaman dan konsep mereka.

Salah atau tidak, itu bukan hak saya untuk menimbangnya. Muziknya yang saya dengar. Cuma kualiti sangat terus seolah-olah tidak mendengar apa-apa. Vokalnya mendominasi sistem bunyi keseluruhan, drumnya tidak kedengaran, gitar pun begitu, bergilir-gilir saya menumpukan telinga saya untuk mendengar kejap gitar, kejap drum, tetapi masih tidak mendapat satu bunyi yang stabil.

Dengarkan demo band Malaysia Rator, atau demo lain seumur dengannya, anda akan dapat membayangkan bagaimana bunyi demo ini.

Sejarah band ini mungkin telah terkubur mengikut rujukan saya di www.metal-archives.com. Patut juga, sebab band ini seolah-olah side project yang dianggotai oleh kumpulan Backlash. Harapnya saya dapat mendengar band-band lain dalam circle mereka.

The great power of demand and supply.. Part 4

Mutation, Singapura asalnya.

Saya masih teringat mendapat copy demo ini dalam bentuk blank tape dan cover fotostat. Demo ini memang terbaik, pada pendapat saya, melebihi apa yang Abhorer, Beheaded Nasrani, Profanation, dan lain-lain band Singapura pada waktu itu. Bunyinya memang lebih jelas, old-school yang melampau (sekiranya didengari sekarang).

Harga USD77, mungkin sesuai dengan umur, reputasi dan kualiti demo ini. Ditambah pula dengan original copy, kaset yang pro-printed. Saya masih lagi kecewa sebab kalah bid demo ini. Arghhh!!!

Friday, January 6, 2012

Review: LEUKEMIA "SUCK MY HEAVEN" CD 1993

Leukemia
Suck My Heaven CD 1993
Black Mark Productions

Leukemia, sebuah band death/thrash metal dari Sweden. Band ini benar-benar memberi impak dalam kehidupan metal saya. Kenapa? Ini adalah kerana band ini merupakan band pertama saya hubungi melalui surat. Dan band ini juga merupakan band pertama yang membalas surat saya. Yang uniknya, saya tidaklah pandai berutusan pada waktu itu kerana belum menuntut tatacara berhubungan dengan band. Jadi saya menulis pertama kali kepada band ini menggunakan aerogram yang berharga 50 sen sekeping.

Bagi yang tidak pernah melihat aerogram, ia merupakan sekeping kertas berbentuk sampul surat. Kita hanya perlu menulis atas kertas tersebut dan gamkan di setiap hujung membentuk sampul surat. Dan kita tidak boleh meletakkan apa-apa kertas pun di dalam aerogram ini. Tidak diketahui adakah ianya masih relevan sekarang, dengan perkembangan teknologi yang pesat. Mungkin anak kita tidak kenal langsung dengan pejabat pos.

Berbalik kepada band ini, saya berhubungan dengan Kentha Philipson setelah mendapat flyer demo mereka, "Innocence Is Bliss" pada tahun 1991. Beliau membalas aerogram saya dengan surat bersama copy demo tersebut dalam tape kosong, bukan pro-printed. Mungkin bertujuan untuk saya mempromosikannya dalam lingkungan rakan tape trading.

Saya membalasnya dengan menghantar kaset terpakai yang saya dub Suffercation "Day of Darkness". Beliau kemudian menghantar surat kepada saya dengan ucapan "terima kasih" kerana kaset saya telah menyebabkan sistem stereo Akai miliknya yang baru dibeli rosak. Mungkin kerana kaset murah terpakai itu menyebabkan talinya kusut. Terus saya senyapkan diri kerana segan. Meskipun begitu saya tau Kentha tidak serius, tapi saya terus tidak menghubungi beliau.

Beliau juga yang memperkenalkan saya kepada Furbowl yang pernah saya interview untuk DoS #1.

Mengenai album ini, saya sebenarnya baru mendapat copy ke-2, entah kenapa saya mengumpul, mungkin sebab saya memenanginya di ebay dengan harga yang berpatutan sedangkan harga "Buy It Now" album ini ratanya ialah USD35.00.

Leukemia bermain death/thrash metal, tidaklah menarik perhatian saya sangat terutama album ini. Demo mereka lebih berat daripada album. Bukanlah saya tidak meminati genre muzik ini. Saya lebih memilih Invocator, Demolition Hammer berbanding ini. Leukemia, pada pendapat saya, tidak memiliki vokalis yang cukup heavy untuk dikategorikan sebagai "death" dan tidak cukup sifat ekstrim sebagai "thrash". Muzik death/thrash sangat memerlukan vokal yang mampu membawa imej thrash tersebut, itu pendapat saya, dan Leukemia tidak memiliki vokal sedemikian.

Secara keseluruhan, album ini dapat telah mencapai status "cult", terutama dengan kebangkitan old school death metal versi Swedish. Namun begitu, saya tidak dapat mendengar album ini secara berterusan.

CD ini juga adalah untuk dijual. Sila hubungi saya sekiranya anda berminat (mhafiz@kipsas.edu.my)..

Thursday, January 5, 2012

Review: PARADISE LOST "HOST" CD 1999

Paradise Lost
Host CD 1999
Emi Music


Antara pengasas genre muzik doom/death metal dari UK, siapa yang tidak mengenali 3 trio Anathema, My Dying Bride, dan Paradise Lost. 3 kumpulan yang banyak mempengaruhi minat muzik saya sehingga sekarang dan usaha untuk mengumpul rilisan mereka diteruskan sehingga kini.

Sebagaimana yang turut kita ketahui, genre doom/death tidak lama bertahan. Kebanyakannya akan berubah/berevolusi ke arah yang lebih perlahan, kurang dikategorikan dalam aspek metal, gothic pun tidak, yang lebih sesuai, atmospheric rock. Anathema lebih menjurus ke arah itu.

Jika disingkap sejarah ringkas rilisan Paradise Lost, mereka mula berubah untuk tidak menggunakan suara growl yang dikaitkan dengan death metal bermula pada tahun 1992 dengan album "Shades of God". Amat kontra dengan "Gothic", meskipun masih terdapat growl sedikit sebanyak dalam album tersebut.

Jadi, jangkaan apa yang perlu diletakkan pada album ini? Semestinya dalam bentuk yang sama: Imej yang kian kemas (pada ketika itu), melodi yang semakin menjadi-jadi dengan tempo yang semakin perlahan. Sedar tidak sedar, "Host" juga telah berumur 11 tahun sekarang.

Saya sudah lama tidak mengikuti perkembangan album terbaru mereka. Mungkin "Host" boleh jadi pencetus untuk mengikuti semula album terbaru Paradise Lost.

Berkenaan dengan album ini, terdapat 13 lagu yang ditawarkan, kesemua dialunkan dengan kadar yang perlahan sambil mempertahankan melodinya yang menjadi trademark kepada Paradise Lost yang baru. Tiada kedengaran sebarang elemen death/doom metal sebagaimana dalam demo mereka 10 tahun lepas. Kulit album yang ringkas, warna biru mendominasi keseluruhan pakej ini kelihatan menarik tanpa sebarang grafik yang dapat dikaitkan dengan metal keras. Pendek kata, pakej album ini cukup menggambarkan muzik yang seperti dunia pop rock.

"Host" mungkin sesuatu yang tidak dapat diterima oleh peminat tegar doom/death metal seperti saya, tetapi setelah dimainkan berulang kali, saya dapat menerimanya meskipun sekadar satu album "biasa".

Wednesday, January 4, 2012

Sekadar cubaan DoS di FB

Entah mengapa terasa ingin mencuba DoS di laman muka buku (bak kata Najwa Latif).

Sunday, January 1, 2012

Review: THORNS OF HATE "HERETICAL DAWN OF APOCALYPSE" 7"EP 2011

Thorns of Hate
Heretical Dawn of Apocalypse 7"EP 2011
Blood Harvest


Ingat nak buat penutup 2011, tetapi terlambat, so ini ialah entri terawal 2012 (ToH patut bayar komisen). Terlambat sebab terlalu banyak perkara yang kena buat, dan Adliya (anak bongsu) dimasukkan ke hospital semalam. Akan diceritakan kemudian, hari ini sekadar pos apa yang telah dibuat minggu lepas.


ToH merupakan band baru, meskipun ahlinya terlibat dengan band lain sebelum ini. Saya pernah mengulas sedikit demo mereka, "Abominable Triumph of Heresy" (2010) yang memang menarik perhatian saya. Maka rilisan selanjutnya memang dinanti. Hasilnya satu EP yang dikeluarkan oleh label Sweden, Blood Harvest.

Muziknya memang cenderung ke arah black/death metal yang tegar. Bunyi Blasphemy, Beherit, Archgoat an kadangkala ada kedengaran macam band Philippines, Pathogen. Lajunya hampir menyamai band-band tersebut. Vokal amat mirip. Oleh itu, penekanan terhadap originaliti dan imej tersendiri adalah kurang. Walaupun begitu, muziknya amat menarik bagi genre sebegini dan boleh dibanggakan sebagai sebuah band tempatan yang dapat menangkap mata label luar negara.


Lagu pertama (selepas intro), "Doom Annihilation" adalah laju, lagu kedua pula (side B) "Angel Of Abomination And Desolation" dimulakan dengan aksi yang perlahan, mengingatkan saya terhadap doom metal seperti Disembowelment dan Thergothon. Kepelbagaian dalam tempo disusun dengan baik, mengikut acuan genre muzik sebegini.

Saya kira, ToH boleh pergi dengan lebih jauh. Sama seperti Humiliation, band sebegini tidak memerlukan keaslian untuk terus maju kerana tapak genre muzik ini telah kukuh. Apa yang perlu ialah usaha berterusan memastikan ada rilisan terus terhasil. Syabas..