Monday, January 30, 2012

Review: EXMORTIS "FADE FROM REALITY" 7"EP 1991

Exmortis
Fade From Reality 7"EP 1991
Rage Records


Saya lebih sukakan 7"EP berbanding LP. Tak tau mengapa, mungkin disebabkan oleh bunyi yang lebih raw, dan ia lebih mudah dipegang berbanding LP. Exmortis, band death metal dari Maryland, US menjadi santapan malam ini. Saya mengenali band ini daripada demo "Immortality's End" (1989) dan antara band yang banyak circulate dalam dunia tape trading. Begitu juga dengan fanzine waktu itu banyak mengenengahkan Exmortis.

Keistimewaan? Tidaklah ada sesuatu yang asli, menarik perhatian. Cuma muziknya betul-betul mewakili band death metal US ketika itu. Tidak seperti Eropah, yang saya rasakan mengutamakan kelajuan membuta tuli, band US di awal 90-an menggabungkan juga aspek skill dalam gitar, variasi dalam tempo dan keganasan dalam vokal.

Band ini juga antara yang banyak mengeluarkan demo, meskipun saya hanya memiliki "Descends into Chaos" (1988) dan "Immortality's End" (1989). Kesemua demonya saya rasa mudah untuk diperolehi sekarang melalui rapidshare atau mediafire.

Menurut sesetengah laporan, band ini dihidupkan semula. Beberapa kompilasi keluaran awal mereka juga boleh didapati dari Necroharmonic Productions atau ebay di bawah nama "Unhallowed Grave"  atau "Darkened Path Revealed" atau juga yang terkini, "Resurrection.. Book of the Dead".

Aktifnya Exmortis selepas milenium baru ini menandakan band-band old school death metal masih lagi menggatal untuk bermain. Satu sikap yang positif, namun begitu saya masih meragui keseriusan mereka.

No comments:

Post a Comment