Sunday, January 22, 2012

Review: IMMOLATE "CONFESSION OF THE ENCHANTED" SINGLE 2010

Immolate
Confession of the Enchanted Single 2010
Eastern Voice Production

Waktunya tengah malam. Kepala pening, hampir nak tidur. Cuma pasangkan CD-single yang baru juga diterima, walaupun rilisannya tahun 2010.

Pertama sekali dalam sejarah hidup saya, saya terkejut dan terus memandang kiri kanan. Rasa darah menyirap dengan tiba-tiba. Bulu tengkuk terus meremang.

Itulah sedikit mengenai apa yang terjadi pada pertama kali memasang CD ini. Mungkin kerana setting speaker saya satu aras dengan laptop dengan kiri dan kanan betul-betul menghadap saya, jadi jeritan black metal di awal single ini yang hanya menawarkan satu lagu, memang betul memberi kesan. Tahniah pada awalnya!

Namun begitu, IMMOLATE meneruskan kekejaman dengan tanpa belas kasihan. Belum sempat bulu roma menurun, lagu yang hampir 4 minit 30 saat ini terus laju memberi kesan kepada saya yang terkial-kial melihat booklet single ini.

Sememangnya IMMOLATE sesuai dengan black metal. Lagunya laju, mengingatkan saya seperti Immortal, Graveland, dan band black metal lain yang underrated, konvensional. Bukan maksud black metal yang tak popular dan berkualiti tetapi IMMOLATE menyediakan pakej yang lengkap sebagai satu rilisan black metal.

Cuma saya dapati vokalnya terlalu kering. Mungkin sekiranya ada diberi effect dalam vokal, ia akan memberi manfaat sedikit. Contoh, tambahkan echo, atau apa saja yang sesuai. Vokalnya seolah mendominasi keseluruhan muzik, dengan sound yang agak kering, ia memberi sedikit kelemahan dalam keseluruhan lagu. Ini cuma pandangan saya.


Saya kurang pasti apakah yang sedang IMMOLATE lakukan, mungkin mereka layak mendapat tawaran full-length kerana muzik sebegini sudah tentunya ada pengikut.

No comments:

Post a Comment