Friday, January 6, 2012

Review: LEUKEMIA "SUCK MY HEAVEN" CD 1993

Leukemia
Suck My Heaven CD 1993
Black Mark Productions

Leukemia, sebuah band death/thrash metal dari Sweden. Band ini benar-benar memberi impak dalam kehidupan metal saya. Kenapa? Ini adalah kerana band ini merupakan band pertama saya hubungi melalui surat. Dan band ini juga merupakan band pertama yang membalas surat saya. Yang uniknya, saya tidaklah pandai berutusan pada waktu itu kerana belum menuntut tatacara berhubungan dengan band. Jadi saya menulis pertama kali kepada band ini menggunakan aerogram yang berharga 50 sen sekeping.

Bagi yang tidak pernah melihat aerogram, ia merupakan sekeping kertas berbentuk sampul surat. Kita hanya perlu menulis atas kertas tersebut dan gamkan di setiap hujung membentuk sampul surat. Dan kita tidak boleh meletakkan apa-apa kertas pun di dalam aerogram ini. Tidak diketahui adakah ianya masih relevan sekarang, dengan perkembangan teknologi yang pesat. Mungkin anak kita tidak kenal langsung dengan pejabat pos.

Berbalik kepada band ini, saya berhubungan dengan Kentha Philipson setelah mendapat flyer demo mereka, "Innocence Is Bliss" pada tahun 1991. Beliau membalas aerogram saya dengan surat bersama copy demo tersebut dalam tape kosong, bukan pro-printed. Mungkin bertujuan untuk saya mempromosikannya dalam lingkungan rakan tape trading.

Saya membalasnya dengan menghantar kaset terpakai yang saya dub Suffercation "Day of Darkness". Beliau kemudian menghantar surat kepada saya dengan ucapan "terima kasih" kerana kaset saya telah menyebabkan sistem stereo Akai miliknya yang baru dibeli rosak. Mungkin kerana kaset murah terpakai itu menyebabkan talinya kusut. Terus saya senyapkan diri kerana segan. Meskipun begitu saya tau Kentha tidak serius, tapi saya terus tidak menghubungi beliau.

Beliau juga yang memperkenalkan saya kepada Furbowl yang pernah saya interview untuk DoS #1.

Mengenai album ini, saya sebenarnya baru mendapat copy ke-2, entah kenapa saya mengumpul, mungkin sebab saya memenanginya di ebay dengan harga yang berpatutan sedangkan harga "Buy It Now" album ini ratanya ialah USD35.00.

Leukemia bermain death/thrash metal, tidaklah menarik perhatian saya sangat terutama album ini. Demo mereka lebih berat daripada album. Bukanlah saya tidak meminati genre muzik ini. Saya lebih memilih Invocator, Demolition Hammer berbanding ini. Leukemia, pada pendapat saya, tidak memiliki vokalis yang cukup heavy untuk dikategorikan sebagai "death" dan tidak cukup sifat ekstrim sebagai "thrash". Muzik death/thrash sangat memerlukan vokal yang mampu membawa imej thrash tersebut, itu pendapat saya, dan Leukemia tidak memiliki vokal sedemikian.

Secara keseluruhan, album ini dapat telah mencapai status "cult", terutama dengan kebangkitan old school death metal versi Swedish. Namun begitu, saya tidak dapat mendengar album ini secara berterusan.

CD ini juga adalah untuk dijual. Sila hubungi saya sekiranya anda berminat (mhafiz@kipsas.edu.my)..

No comments:

Post a Comment