Thursday, January 5, 2012

Review: PARADISE LOST "HOST" CD 1999

Paradise Lost
Host CD 1999
Emi Music


Antara pengasas genre muzik doom/death metal dari UK, siapa yang tidak mengenali 3 trio Anathema, My Dying Bride, dan Paradise Lost. 3 kumpulan yang banyak mempengaruhi minat muzik saya sehingga sekarang dan usaha untuk mengumpul rilisan mereka diteruskan sehingga kini.

Sebagaimana yang turut kita ketahui, genre doom/death tidak lama bertahan. Kebanyakannya akan berubah/berevolusi ke arah yang lebih perlahan, kurang dikategorikan dalam aspek metal, gothic pun tidak, yang lebih sesuai, atmospheric rock. Anathema lebih menjurus ke arah itu.

Jika disingkap sejarah ringkas rilisan Paradise Lost, mereka mula berubah untuk tidak menggunakan suara growl yang dikaitkan dengan death metal bermula pada tahun 1992 dengan album "Shades of God". Amat kontra dengan "Gothic", meskipun masih terdapat growl sedikit sebanyak dalam album tersebut.

Jadi, jangkaan apa yang perlu diletakkan pada album ini? Semestinya dalam bentuk yang sama: Imej yang kian kemas (pada ketika itu), melodi yang semakin menjadi-jadi dengan tempo yang semakin perlahan. Sedar tidak sedar, "Host" juga telah berumur 11 tahun sekarang.

Saya sudah lama tidak mengikuti perkembangan album terbaru mereka. Mungkin "Host" boleh jadi pencetus untuk mengikuti semula album terbaru Paradise Lost.

Berkenaan dengan album ini, terdapat 13 lagu yang ditawarkan, kesemua dialunkan dengan kadar yang perlahan sambil mempertahankan melodinya yang menjadi trademark kepada Paradise Lost yang baru. Tiada kedengaran sebarang elemen death/doom metal sebagaimana dalam demo mereka 10 tahun lepas. Kulit album yang ringkas, warna biru mendominasi keseluruhan pakej ini kelihatan menarik tanpa sebarang grafik yang dapat dikaitkan dengan metal keras. Pendek kata, pakej album ini cukup menggambarkan muzik yang seperti dunia pop rock.

"Host" mungkin sesuatu yang tidak dapat diterima oleh peminat tegar doom/death metal seperti saya, tetapi setelah dimainkan berulang kali, saya dapat menerimanya meskipun sekadar satu album "biasa".

1 comment:

  1. Telinga aku ajer ker....atau album ni memang dah macam
    Depeche Mode?

    ReplyDelete