Sunday, January 1, 2012

Review: THORNS OF HATE "HERETICAL DAWN OF APOCALYPSE" 7"EP 2011

Thorns of Hate
Heretical Dawn of Apocalypse 7"EP 2011
Blood Harvest


Ingat nak buat penutup 2011, tetapi terlambat, so ini ialah entri terawal 2012 (ToH patut bayar komisen). Terlambat sebab terlalu banyak perkara yang kena buat, dan Adliya (anak bongsu) dimasukkan ke hospital semalam. Akan diceritakan kemudian, hari ini sekadar pos apa yang telah dibuat minggu lepas.


ToH merupakan band baru, meskipun ahlinya terlibat dengan band lain sebelum ini. Saya pernah mengulas sedikit demo mereka, "Abominable Triumph of Heresy" (2010) yang memang menarik perhatian saya. Maka rilisan selanjutnya memang dinanti. Hasilnya satu EP yang dikeluarkan oleh label Sweden, Blood Harvest.

Muziknya memang cenderung ke arah black/death metal yang tegar. Bunyi Blasphemy, Beherit, Archgoat an kadangkala ada kedengaran macam band Philippines, Pathogen. Lajunya hampir menyamai band-band tersebut. Vokal amat mirip. Oleh itu, penekanan terhadap originaliti dan imej tersendiri adalah kurang. Walaupun begitu, muziknya amat menarik bagi genre sebegini dan boleh dibanggakan sebagai sebuah band tempatan yang dapat menangkap mata label luar negara.


Lagu pertama (selepas intro), "Doom Annihilation" adalah laju, lagu kedua pula (side B) "Angel Of Abomination And Desolation" dimulakan dengan aksi yang perlahan, mengingatkan saya terhadap doom metal seperti Disembowelment dan Thergothon. Kepelbagaian dalam tempo disusun dengan baik, mengikut acuan genre muzik sebegini.

Saya kira, ToH boleh pergi dengan lebih jauh. Sama seperti Humiliation, band sebegini tidak memerlukan keaslian untuk terus maju kerana tapak genre muzik ini telah kukuh. Apa yang perlu ialah usaha berterusan memastikan ada rilisan terus terhasil. Syabas..

4 comments:

  1. abominable triumph of heresy...kasetnya masih saya putarkan bila ada masa free..

    p/s:sedih xde vinyl player

    ReplyDelete
  2. takpe, vinyl player byk dijual, even dalam mudah.my. hehe

    ReplyDelete
  3. tengok kaver pun dah takut...

    hantuuuu....


    ;)

    ReplyDelete
  4. respek la sapa yg kumpul vinyl nih, org cakap feel lebih..

    ReplyDelete