Friday, January 13, 2012

Review: WRAITH "WAR BLACKTHRASH ATTACK!!"

Wraith
War Blackthrash Attack Demo 2009
Self-released


Sebagaimana saya telah tekankan dalam penulisan sebelum ini, black metal bukanlah muzik pilihan saya. Apabila thrash metal digabungkan menjadi blackthrash, sebagaimana Aura Noir antara yang memulakan konsepnya, saya seolah-olah terpaksa memilih antara dua, minat atau tidak. Hasilnya? Dengar dulu, baru tentukan seleranya.

Jadi, saya pun mencuba pelbagai resepi untuk melihat selera sendiri.

Wraith, dari Petaling Jaya, antara band Malaysia yang memainkan muzik stail black/thrash metal. Konsep mereka sangat menakutkan. Dengan logo Nazi, intronya ucapan Hitler (maaf kalau tersilap, saya tidak mengkaji sejarah Nazi dengan teliti), tajuk lagunya "Penghapusan Etnik", "Deathkamp" dan "War Blackthrash Attack!!" cukup menunjukkan fahaman dan konsep mereka.

Salah atau tidak, itu bukan hak saya untuk menimbangnya. Muziknya yang saya dengar. Cuma kualiti sangat terus seolah-olah tidak mendengar apa-apa. Vokalnya mendominasi sistem bunyi keseluruhan, drumnya tidak kedengaran, gitar pun begitu, bergilir-gilir saya menumpukan telinga saya untuk mendengar kejap gitar, kejap drum, tetapi masih tidak mendapat satu bunyi yang stabil.

Dengarkan demo band Malaysia Rator, atau demo lain seumur dengannya, anda akan dapat membayangkan bagaimana bunyi demo ini.

Sejarah band ini mungkin telah terkubur mengikut rujukan saya di www.metal-archives.com. Patut juga, sebab band ini seolah-olah side project yang dianggotai oleh kumpulan Backlash. Harapnya saya dapat mendengar band-band lain dalam circle mereka.

2 comments: