Friday, April 13, 2012

Books: A Cambodian Prison Portrait by Vann Nath


Abah dan mak baru sahaja pulang dari Kemboja, kira-kira rombongan dengan geng mereka yang veteran. Tidaklah pula saya mengharapkan apa-apa buah tangan dari negara yang agak mundur berbanding Malaysia. Namun begitu, sebagaimana kebiasaan, abah akan mencari buku berkaitan sejarah, terutama yang menarik perhatian dunia di era 1975-1979, rejim Khmer Rouge di bawah cengkaman Pol Pot, berkuasa. Era di mana berjuta rakyatnya sendiri mati di tangan bangsa sendiri.

Agak sedih melihat kualiti cetakan buku setebal 118 muka surat ini. Senantiasa kita merujuk kepada kualiti tanpa mementingkan isi kandungannya. Seolah kitab turath yang buruk berabuk di belebas, tetapi isi kandungan diguna sepanjang zaman.

Menurut abah, sepanjang perjalanan dari Phnom Penh ke tempat Angkor Wat, tidak kelihatan kedai yang menjual akhbar, apa lagi buku. Oleh itu, segala peluang terjumpa buku yang ada tidak beliau tinggalkan. Ini antara buku yang dibelinya dan saya mengambil masa 2 malam untuk menamatkan bacaan.

Buku ini mengisahkan tragedi kekejaman Pol Pot dari kacamata penulis. Seorang rakyat biasa, bukan militan, bukan pembangkang mahupun revolusionis, tetapi namanya tersenarai dalam "ghost list", iaitu yang perlu dibunuh. Namun begitu, ketua penjara telah mengasingkan beliau atas bakat sebagai seorang pelukis.

Meskipun wujud plot yang melompat (saya kira agak sukar untuk menulis semua kisah yang hitam dalam hidupnya), segala kisahnya telah disusun kemas dan diterjemah ke Bahasa Inggeris yang amat mudah difahami. Ia bermula dari kehidupan penulis dan keluarganya, terpisah, diseksa, diselamatkan oleh bakat, kejatuhan rejim Khmer Rouge, perjumpaan kembali dengan isteri (anak-anak beliau mati kebuluran), dan kerja bagi menghidupkan Genocide Museum yang asalnya penjara tempat beliau diami selama setahun.

Kesimpulannya, memang tragis. Tatkala saya dilahirkan ke muka bumi, dalam era kita di Malaysia membangun (saya mungkin masih merangkak ketika itu), kegelapan menyelubungi jiran Asean kita. Walaupun begitu, dunia sekarang masih tidak ada beza..

Alhamdulillah, bisik hati kecil saya

3 comments:

  1. tak pernah tahu pasal buku ni.
    thanks for sharing.

    memang rabak time killing fields tu eh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. penceritaan buku ni kurang jelas tentang killing fields sebab author cerita dari angle dia yang terselamat dari dibunuh. tapi sedikit sebanyak ada cerita tentang suasana dalam prison, dan ada lukisan sikit tentang torture yang dibuat.

    aku dapat tau cambodia memang kurang press buku/akhbar. even buku ni pressed kat thailand.

    ReplyDelete