Friday, May 25, 2012

Bulan ini bulan Rejab..



Bulan Rejab tiba, hari ini 4 Rejab, saya mengikuti tazkirah pagi Jumaat tadi. Rupanya banyak hadis palsu yang dikaitkan dengan bulan Rejab. Ini di antaranya buat renungan kita semua.. Wallahua'lam..

"Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku"

"Kelebihan bulan Rejab atas bulan-bulan yang lain umpama kelebihan Al-Quran atas zikir-zikir yang lain"

"Rejab adalah bulan Allah, sesiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rejab dalam keadaan iman dan kesungguhan, maka dia wajib mendapat keredhaan Allah yang terbesar"

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab, Allah akan memberikannya pahala sebulan berpuasa, dan sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan ditutup daripadanya 7 pintu neraka”.

Sesiapa yang solat Maghrib pada malam pertama bulan Rejab, kemudian dia solat 20 rakaat, setiap rakaat dibaca Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas sekali dengan 10 kali salam, kamu tahu tak apakah ganjarannya? Allah akan memelihara dirinya, keluarganya, hartanya, anaknya, dilepaskan dari azab kubur, melintasi jambatan Sirat seperti kilat tanpa disiksa”.
Sesiapa yang berpuasa Rejab dan solat 4 rakaat, dia tidak akan mati kecuali nampak tempatnya di dalam syurga atau diperlihatkan kepadanya”.

Sesiapa yang solat pada malam pertengahan bulan Rejab sebanyak 14 rakaat, setiap rakaat dibaca Surah Al-Fatihah sekali dan Surah Al-Ikhlas 20 kali…..”.

Sesungguhnya bulan Rejab adalah bulan yang agong, sesiapa yang berpuasa satu hari dalamnya, Allah akan memberikan pahala puasa 1000 tahun”.

Aku diutuskan sebagai Nabi pada 27 Rejab…..”.

Sesiapa yang solat pada malam 27 Rejab sebanyak 12 rakaat…..”.
Berkata Dr Yusof Al-Qardhawi, Tidak ada satu pun Hadis Sahih tentang bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu dari bulan-bulan yang diharamkan berperang, sepertimana yang telah disebutkan oleh Allah SWT dalam kitab-Nya: “di antaranya empat bulan yang dihormati” (Surah At-Taubah: 36) iaitu bulan Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, yang terdapat dalamnya beberapa kelebihan.

Dan tiada satupun Hadis Sahih yang menceritakan tentang kelebihan khusus bulan Rejab, melainkan sebuah Hadis Hasan (Baik) iaitu: “Bahawasanya Nabi SAW paling banyak berpuasa (sunat) dalam bulan Syaaban. Apabila ditanyakan kepada baginda tentang itu, maka baginda pun menjawab: Orang biasa melupakan bulan itu (Syaaban) yang berada di antara bulan Rejab dan Ramadhan”. Maka, dapat difahami dari hadis ini bahawa bulan Rejab juga terdapat kelebihan. (Direkodkan oleh Imam Ahmad dan An-Nasai

Saya baru tahu...

1 comment: