Monday, May 28, 2012

Dialog hari ini..

Pelajar baru: Encik, saya nak mohon tukar kursus.
Saya: Dari kursus apa nak ke kursus apa?
Pelajar baru: Business Studies nak ke Pengajian Islam Dakwah.
Saya: Kenapa?
Pelajar baru: Saya suka bidang agama.
Saya: Business bukan bidang agama?
Pelajar baru: (diam)
Saya: Seorang businessman tak boleh berdakwah?
Pelajar baru: (diam lagi)
Saya: Dakwah hanya boleh dibuat oleh orang berlatarbelakang Islam?
Pelajar baru: (diam lagi..)
Saya: Graduan bidang Dakwah yang bekerja jadi cikgu, kenapa tak jadi pendakwah?
Pelajar baru: (diam lagi)
Saya: Baik terus terang, kenapa awak nak pindah ke Jabatan Dakwah?
Pelajar baru: Err.. ayah saya suruh.

Borang terus ditandatangan tanda perpindahan dipersetujui..


No comments:

Post a Comment