Monday, July 23, 2012

Graduan Palsu

Dalam muka hadapan Berita Harian versi bercetak, Isnin, 23 Julai 2012, (boleh dilayari bagi mereka yang melanggan secara digital, www.ebrowse.com.my).

Wartawan BH bongkar kegiatan jual ijazah

Petaling Jaya: Hanya membayar RM7,500 dalam tempoh seminggu anda boleh bergelar graduan sarjana muda dari universiti luar negara.

BH semalam membongkar kegiatan sebuah institusi pendidikan swasta yang mendakwa menjalin kerjasama dengan tiga universiti luar negara masing-masing dua di Amerika Syarikat (AS) dan satu di United Kingdom (UK).


Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2012072307325220120723073252/Article/artikel

Baca lanjut dalam versi bercetak.


Apabila akademik terlalu diperniagakan, dan masalah ini bukan masalah di Malaysia, malahan di peringkat antarabangsa.

Semuanya jalan mudah, ingin mudah!

Tiada masa? Distant learning ada. Tak mampu jugak berjumpa? Online tutoring ada. Tak boleh jugak datang? Login forum 8 jam seminggu pun boleh la. Tak mampu jugak? Buat assignment dah la. Tak mampu jugak? Bayar RM10,000 and voila, welcome Doktor!


Sebagai seorang dari kalangan IPTS, saya secara peribadi melihat senario "shortcut" ini amat merisaukan. Alhamdulillah, tiada berlaku (dan saya akan tegah sekiranya ada berlaku) di kalangan pensyarah di KIPSAS, tapi diketahui ada juga berlaku di kalangan IPT lain sekitar Kuantan. Begitu mudah untuk mendapatkan penghormatan sebagai PhD holder tanpa keringat.

Nilai akademik segelintir IPTS di Malaysia perlu dipertingkatkan dalam cara yang lebih bermoral!

No comments:

Post a Comment