Saturday, July 14, 2012

Review: NECROHILE "MOMENTOS IN THE MISTING WOODS" LP 2011

Necrophile 
Momentos In The Misting Woods LP 2011 
Me Saco Un Ojo Records

Apabila mengingati semula zaman tape trading, NECROPHILE adalah antara band yang paling banyak saya ingati wujudnya dari Jepun. Saya mengenali namanya lebih awal daripada Transgressor. Demo 1988 "The Terminal Derangement" adalah favorite saya ketika itu, mungkin kerana demo tersebut yang kerap diminta oleh tape trader luar negara (selain dari Abhorer "Rumpus Of The Undead"). Agaknya ketika itu (era 1992-93), NECROPHILE lebih menyerlah melalui Split LP mereka bersama Abhorer.

Muzik mereka lebih kepada death/thrash metal. Keunikannya tidak begitu ketara, ia sama seperti apa band lain yang memainkan genre muzik death metal di hujung 1980-an. Pengaruh thrash metal mendominasi muzik keseluruhan. Kelebihan NECROPHILE dapat dilihat dari penglibatan mereka seawal 1987 dalam menangkap perhatian mat metal sedunia. Demo "The Terminal Derangement" pada tahun 1988 telah menjadi permulaan penting kepada rilisan band Jepun lain seperti Messiah Death dan Transgressor. Sudah tentulah nama Takashi Tanaka (Transgressor/ Anatomia) memainkan peranan dalam pembangunan band ini.

"Momentos In The Misting Woods" merupakan satu pengiktirafan dunia terhadap band dari Jepun. Versi CD dikeluarkan oleh Dark Descent Records dan LP oleh Me Saco Un Ojo Records patut dimiliki oleh peminat death/thrash metal, dan merupakan satu kemestian bagi mereka yang sukakan muzik adunan death dan thrash metal yang raw. Kompilasi lengkap ini mengandungi demo 1 (1988), demo 2 (1989), 2 lagu dari 7" (1991), 1 lagu dari kompilasi "Weird Tales of Madness" dan 2 rakaman live di Waters Club, LA pada 1991, cukup lengkap untuk anda mengenali, mendalami dan mengingati NECROPHILE sebagai icon death/thrash metal utama dari negara Jepun.

No comments:

Post a Comment