Thursday, July 12, 2012

Review: VASAELETH "CRYPT BORN AND TETHERED TO RUIN" CD 2010

Vasaeleth
Crypt Born and Tethered To Ruin CD 2010
Profound Lore Records

Saya tidak dapat mengikuti perkembangan death metal dalam persada antarabangsa secara mutakhir. Terlalu cepat band yang muncul dan meriliskan material. Banyak yang baik, banyak juga band yang langsung tak dapat dihadam oleh peminat. Untuk tidak ketinggalan, saya banyak bertanya kepada rakan-rakan yang masih setia mengikuti setiap perkembangan, baik dari label underground, mahupun melayari youtube atau myspace. Sungguh, saya tidak ada masa untuk itu.

Seorang rakan telah memperkenalkan saya kepada Vasaeleth, band 2-piece dari US dengan permainan yang agak terhad dari segi originality mahupun skil. CD ini dirilis pada tahun 2010 di bawah Profound Lore Records, label Kanada yang menawarkan kepelbagaian dalam genre metal melalui band yang dipilihnya. Vasaeleth, seperti namanya, amat occult, jika dinilai dari aspek persembahan CD ini dengan logo yang pelbagai. Muziknya sangat mirip kepada Incantation, Father Befouled, Crucifier dan kebanyakan band death yang ada sekarang ini. Ia tidak menjadikan Vasaeleth sebagai sebuah band yang mementingkan keaslian.


Aspek positif dan negatif MUNGKIN menyumbang kepada penerimaan mat metal terhadap band ini. Negatifnya, ia hanya sekadar copycat, tidak adalah butiran yang asli dalam permainan lagunya. Positifnya, kewujudan band ini memang selari dengan tren semasa, death metal semakin popular semula!

Mungkin ada yang tidak setuju dengan label "old school" death metal yang terlalu dicanangkan (termasuklah oleh saya). Namun begitu, apabila death metal itu sendiri progresif dan dipelbagaikan (saya kira bermula dengan Gothenburg Death Metal), maka sangat general sekiranya saya letakkan Vasaeleth sebagai death metal. Old school death metal saya gunakan untuk band yang memainkan muzik mirip kepada death metal 80 dan 90-an. Itu saja. Jadi apa muzik Vasaeleth? Old school death metal (pada saya) adalah jawapannya.


Secara keseluruhan, Vasaeleth memiliki kekuatan dalam aspek vokal yang growlnya terlalu deep. Lupakan apa yang Swedish atau Finnish death metal tawarkan, Vasaeleth amat dark, muziknya sangat rendah tunenya. Ini membuatkan saya lebih menerima band ini, dan saya kira seolah-olah US sedang melahirkan semula banyak band death metal yang baik sekarang ini.

No comments:

Post a Comment