Friday, June 28, 2013

Review: MY DYING BRIDE "A MAP OF ALL OUR FAILURES" CD 2012

My Dying Bride
"A Map Of All Our Failures" CD 2012
Peaceville


Terasak dengan kerja yang ditimpa-timpa semenjak Julai 2012, jemari ini telah lama tidak memilih blog ini untuk dikemaskini. Keterujaan dalam mengulas makin susut. Namun, demi anggapan blog ini sebagai satu perkongsian maklumat, maka aku teruskan sedikit demi sedikit mengikut peruntukan masa yang amat terhad.

My Dying Bride, "A Map Of All Our Failures" (AMOAOF) menjadi santapan pada petang Jumaat yang membosankan demi menunggu meeting yang tak sudah. Jika disusur daripada metal-archives, album ini merupakan hasil produksi ke-12 band yang menjadi trademark doom/death dari UK. Ada yang sedia maklum, memang aku agak fanatik dengan 3 tonggak utama doom/death, MDB bersama Paradise Lost dan Anathema. Ketiga-tiga telah jauh melencong dari muzik asal, ada menyebut progresif, ada yang menyebut wimp off.

Aku dah lama tak beli MDB, personal confession. Sejak "Songs Of Darkness.." (2004) sehinggalah "For Lies I Sire" (2009), I completely ignored MDB. "Evinta" yang muncul pada tahun 2011 agak menarik perhatian. Mungkin sekiranya ada masa, akan kuulas itu juga.

Jadi, berkenaan "AMOAOF", aku kira ramai yang telah mengagak bagaimana bunyinya. Keseluruhannya terlalu melankolik dan elemen darkness tu memang wujud.Meskipun "Evinta" agak lemah dari penyampaiannya, "AMOAOF" telah cover kelemahan tersebut. Album ini lebih menampakkan heaviness dalam bunyi gitar, dan Aaron (vocals) telah mula mengeluarkan kembali suara growlnya. Menariknya album ini ialah perubahan yang wujud dalam arena melankolik diselang seli dengan drum yang juga agak keras. Dah lama aku tak dengar paduan double-bass drums dalam MDB. Kali ini, ada ditonjolkan.

Muzikalnya terlalu menarik untuk didengar sebelum tidur aku jangka. Memang depresif menjadi trademark MDB, dan itulah yang aku rasakan petang ni.

Namun begitu, Aaron, pada aku bukanlah vokalis yang menarik when it comes to soft voices. Sejak dari "Turn Loose.." (1993), aku tak berkenan sangat dengan clean vocalnya. When it comes to clean vocals, I'd prefer Nick Holmes (Paradise Lost), when it comes to atmospheric, aku prefer Vincent Cavanagh (Anathema). Dan pada aku, MDB perlu tetap growl as a registered trademark of UK's best doom/death.

Antara track menarik: Abandoned as Christ.