Wednesday, August 7, 2013

HUMILIATION/DECREPITAPH SPLIT 7"EP 2013

Humiliation/ Decrepitaph
Split 7"EP 2013
Eldritch Lunar Miasma Records


Material ke-2 Humiliation dalam bentuk EP, more specifically, 7"EP. Split EP dengan band Decrepitaph dari USA ini dikeluarkan selepas album "From Strength To Strength" (2012), menunjukkan bahawa potensi band ini dari segi marketability telah meningkat, bukan sekadar merakamkan lagu untuk direlease secara CD.


Humiliation membawa 1 lagu berjudul "Enemy's Perimeter", side yang aku mula-mula pasangkan. Kena ada sedikit semangat nasionalis dalam memainkan split EP dengan 2 band dari 2 buah negara yang berbeza. "Enemy's Perimeter" merupakan satu lagu dengan trademark perang biasa dari Humiliation. Lagunya agak pendek untuk aku feel sepenuhnya. Dimulakan dengan riffs yang menaikkan semangat, tempo yang agak catchy, sehinggalah hampir 3 minit setengah dan tiba-tiba tamat.


Decrepitaph merupakan band yang agak popular dalam dunia virtual pada pendapat aku, mainly sebab drummer/bassist si Elektrokutioner main dalam banyak band selain Decrepitaph ni. Agak typical death metal bunyinya, tapi tidak seperti yang kita boleh dengar dalam trademark "Morrisound". Aku rasa lebih kepada feel dark death metal US-styled, macam Incantation, Vasaeleth gitu. Lagu bertajuk "The Carnal Slumber" tamat dalam tempoh plus minus 4 minit lebih, dengan kelajuan dan keslowan yang berbagai.


Judgment keseluruhan bagi EP ni pada aku agak sederhana. Track Humiliation catchy tapi mati secara tiba-tiba agak meninggalkan pendengar dalam keadaan tertanya-tanya, apa salah aku ni? Decrepitaph pulak pada aku agak kurang meninggalkan kesan. Jangan tanya la sebab apa.. (review pun mati macam tu jugak la..)

No comments:

Post a Comment