Wednesday, August 7, 2013

HUMILIATION/WARMASTER SPLIT 7"EP 2013

Humiliation/ Warmaster
Split 7"EP 2013
Slaughterhouse Records

Sekali lagi Humiliation cuba mengisi permintaan kaki analog dalam terokaan genre old school death metal tempatan. Tahniah kepada band ini kerana membawa nama Malaysia ke luar negara, bersama split ini. Aku dapat tau, ada satu lagi split EP akan dikeluarkan oleh Humiliation bersama band German, masih menunggu masa barangkali (split EP bersama Destruction la tuuu...).

 

Split EP bersama Decrepitaph telah kujelaskan. Agak potong ending Humiliation.

Dalam split ini, Humiliation kicks dengan riffs yang agak kasar bunyinya. INI SEBENARNYA TRADEMARK HUMILIATION YANG AKU KENAL! Track "Belligerent" banyak mengingatkan aku kepada album awal Humiliation, catchy track. Lagu kedua "Pledge of Invasion" agak sederhana perlahan dari mula hingga akhir. Ada jugak elemen mati tetiba dalam lagu ni, tapi tak sepotong split dengan Decrepitaph.



Warmaster pula bunyinya agak chaotic. Aku tak berapa nak suka sangat dengan sound dan riffs Warmaster. Kedengaran Warmaster seolah-olah tidaklah boleh dilabel seangkatan dengan death metal ala Humiliation. Warmaster, pada aku, merupakan proses modenisasi yang berlaku dalam band Holland sejak pertengahan 90s. Evolve atau tak, Warmaster tried to fit dengan environment death metal tapi gagal nak masuk dengan betul. Satu lagu je "Mental Meltdown" yang aku dapat concentrate, tupun sebanyak 60%, lagu kedua, "Generation Panzerfaust" terus berlalu semasa aku menggodey milo.


Kesimpulannya, aku rasakan split ni lebih berperanan sebagai cure kepada aku yang agak terkejut sebab lagu mati tetiba dalam split bersama Decrepitaph.

Jangan la pulak korang tanya, ada ke lagu tak mati-mati?

No comments:

Post a Comment