Thursday, August 8, 2013

PUSTULATION "UNDER THE SHADOW OF DEATH" 7"EP 2012

Pustulation
"Under The Shadow Of Death" 7"EP 2012
Iron Bonehead

 Agak lewat aku mengenali band ini, setelah mengenalpasti post promotion band ini dalam sebuah forum untuk demo mereka, "Orgy Of The Dead" pada tahun 2010, aku cuba jugak untuk check myspace untuk mengetahui corak muzik mereka. Agak laju demo diorang terjual, aku tak sempat nak beli.. Bila frust gitu, split album mereka bersama Ligfærd pun aku tak beli.

Thanks to Shahrizwan (Random) sebab menghabiskan duit tabung aku sebab bawak benda alah ni.

EP ni bermula dengan bunyi orang berkahak, ludah, typical gore grind tapi tidaklah membawa erti apa-apa. Lagu "The Black Church" merupakan satu lagu yang agak laju, bising dengan riff style death thrash gitu. Walaupun begitu, tidaklah aku melabelkan Pustulation sebagai band deathrash. Kekasaran muzik ini lebih mirip kepada rilisan demo pada tahun 90s.


Secara keseluruhannya, muzik Pustulation boleh dikategorikan sebagai death metal yang kasar, bising, semi-structured, dihasilkan dalam suasana di mana clear music tak dititikberat. Agak typical bagi band Denmark seperti Pustulation dan Undergang untuk kembali menikmati semangat Swedish Death Metal. Meskipun begitu, EP ini masih boleh memberikan feel tersebut kepada pendengar macam aku, cuma tidaklah berjaya ia dipusingkan berkali-kali.

What's with the "Executor"??!! All of a sudden everyone wants to be an executor!

No comments:

Post a Comment