Sunday, November 8, 2015

Top 10 Hujung 1980's Slow Rock Kapak..

No poles, just dari point of view aku. Feel free to disagree and list down yours..


10) Riyadh "Hanya Ketenangan"
Media 88/89 1989

Aku follow Riyadh sebab lagu heavy dia macam Media 88/89 dan ... memang heavy. Ada pulak Konsert Kotaraya dalam TV3 masa tu, aku ingat nama je macam konsert live, tapi recording macam dalam studio je. Rasa macam pelik je live version hujung 80-an cun gile, kejap band live, pastu tunjuk audience penuh satu stadium. Aku naif, tak tau betul ke tak, tapi konsert tu memang best la siap rekod dlm vhs. Akhil punya suara high-pitch, satu lagi yang aku kagum sebab masa ni



9) Bumiputra Rockers "Aku Hanya Serangga"
Bisa 1988

Album Bisa ni lain sikit dari Selamat Pagi Mesia.. Aku punya personal opinion, semua lagu dalam album ni best. Memang lagu hit dari album ni "Seribu Tahun Takkan Mungkin" dengan "Harum Subur Di hati", tapi aku lebih layan lagu ni. Part korus tu memang something different dari slow rock lain, not 100% slow, beat varies between verses. Part yang tak boleh lupa album "Bisa" ni ialah aku siap beli 2 kaset, takut satu hilang..



8) Rusty Blade "Tiada Lagi Aku"
Rintangan Hidup Dunia 1986

Lagu ni aku sokmo dengar time dalam bas pegi sekoloh.. Macam cerita Rock tu, dalam bas, sape budak lelaki tak dengar rock memang duduk seat depan dgn pompuan la... Rusty Blade kaset keluaran Wau ni memang menekan jiwa budok sekoloh.. Kalau dah kaye sikit, baru beli keluaran Life/ Hup Hup. Pastu eksen kat member. Tapi lagu ni takde la slow mendayu (meleweh...)..



7) Desire "Memoranda Luka"
Sumpitan Senja 1988

Adusss... Desire "Memoranda Luka" memang mellow, melancholic. Album "Sumpitan Senja" ni mulanya aku rasa "Dian Cinta" je akan naik, tapi dengar ke 128 kali, memang semua lagu slow dia best. Lagu heavy lagi best, bior la cedok Helloween ke, mana ke.. Desire ni kalo tak silap semua album dia vokalis lain2, tapi memang power belake la... Cuma sampai sekarang aku tak tau intro lagu ni dia buat camne. Kagum betul aku (atau aku yg tak pandai main gitar)..



6) Lefthanded "Lagenda Cinta"
Keadilan 1986

Fuhh, album "Keadilan" ni memang aku ingat beli kaset dia. Bayar RM7.50 guna duit syiling belake kat Pahang Supermarket (now defunct). Belanja sekoloh harian memang aku catu, simpan dalam tabung. Mak aku bagi 30 sen, aku simpan 10 sen, mak aku bagi 50 sen, aku simpan 20 sen. Pedulik apa tak makan kat sekoloh, main kat padang lagi best time rehat tu. Memang aku ingat, terkial2 cashier pompuan 2 orang mengira duit syiling untuk aku beli kaset Lefthanded "Keadilan", aku masa tu memang dah pegang kaset tu, bukak inlay, bau kertas inlay... sampai la resit diprint... Lagu ni jugak antara yang sokmo dimainkan dalam bas, so sape tak sing along dlm bas memang poser...



5) MAY "Diari Cinta Pertama"
Rahsia 1990

Ni patut tak masuk dalam list, tapi sebab title hujung 80-an, so aku masukkan jugak la. Satu je pun terselit. Album "Rahsia" ni pada aku MAY dah matang sangat dah, album ni semua best. Part jiwang tu memang leleh jugak MAY ni. Tapi apa2 hal, lagu slow dalam album ni lagi baik dari album Hakikat, tak abis2 "Cintamu Mekar Di Hati", "Cintaku Sewangi Kasih".. perghhh... Ok, album Rahsia ni, kalau tak salah cuma lagu "Gadis Bertudung Putih" masuk Muzik2 (pompuan tu ofkos pakai baju kurung putih kan, nak kena tajuk ada tudung). Tapi pada aku lagu "Diari Cinta Pertama" ni lagi banyak kelainan, melodi berantu, lirik macam ade kene sikit2 la dgn zaman2 cinta beruk first sight kononnya (tapi teringat sampai sekarang jugek). Kalo ikut favorite aku, lagu ni jatuh no 1, tapi sebab nak cover konon tak jiwang sangat, maka lagu ni jatuh ke anak tangga ke 5 sebab kaset keluar tahun 1990..



4) Wings "Taman Rashidah Utama"
Hukum Karma 1988

Dalam "Belenggu Irama", memang asik dengan lagu "Biarkan Berlalu", memang pusing pakai pen atau stop dan tukar side lepas lagu "Belenggu Irama" side B (walkman takde auto reverse) sebab nak layan "Biarkan Berlalu". Tapi dalam 1988, sape sangka album "Hukum Karma" memang menjahanamkan semua rilisan rock mainstream lain (bukan mainstream maksudnya yg kurang masuk radio - definisi aku sendiri masa tu). TRU memang macam syial, punya la best sampai masa pause bunyi org jalan kaki tgh2 lagu tu pun sanggup kuatkan volume walkman, nak jgk kira berapa langkah dia jalan kaki. Paling kagum, macam lagu "Memoranda Luka" Desire, perghh, ko guna apa buat intro lagu ni Joe??!!



3) Search "Fantasia Bulan Madu"
Mentari Merah Di Ufuk Timur 1987

Master doh ni, sape tak kenal. Kaset ni memang sama kenangan dengan Lefthanded "Keadilan", beli dengan duit syiling. "Mentari Merah..." ni memang superb, Search memang superb.. That's it... Fantasia Bulan Madu pada aku macam Taman Rashidah Utama, best slow rock of all ages. Although first time Search main lagu dgn takde drum, aku tak kisah pun.. Time tu, kalau lagu rock ada keyboard, memang potong stim sungguh la. Ni pulak takde drums... haishshhhhh... Tapi nak buat camne, memang stim lagu nih....stim is forever...



2) Junction "Tak Mungkin Lagi"
Arah 1988

Junction Arah ni aku discover time lepas balik sekoloh, pegi Kompleks Teruntum dengan member aku. Masa tu, kedai kaset ada 3 butir kat kompleks, 3-3 semua owner sama..chehhhh.... Nama kedai tu Exceed Music. Memang legend la kat Kuantan, kalo nak beli, boleh test..Ambik 3 tape, test 3 tu, beli satu je.. So, satu hari Sabtu tu, aku jalan2 dgn member aku, kedai tu pasang lagu ni. Terus tanya kakak jaga kedai tu lagu apa, band apa. Bagus betul recommendation dia, sambil merenyam sikit, terus aku tergoda lalu beli kaset Junction "Arah". Lagu ni masuk muzik2, tapi biasa la, tokleh lawan Search dgn Wings...



1) Lefthanded "Maya Persada"
Qabul 1988

Satu2nya band yang masuk 2 kali dalam carta Nescafe aku. Qabul merupakan album yang aku dah mula tak fokus pada Lefthanded. Takde sangat lagu heavy yang aku boleh masuk. Tapi "Maya Persada" ni lain macam Man Kidal dgn arwah Samad punya penangan. Melankolik at its own definition, "Maya Persada" terbukti lain dari apa slow rock lain offer. Might be the best of the decade sampai sekarang dok layan lagu nih....



BONUS) Belantara "Sutra"
Belantara 1987

Belantara ni memang abang aku yg rekemen. Memang masa tu aku layan "Jebat" dengan "Jentera Pemusnah" je sebab mindset masa tu, Belantara punya muzik memang power gile, dan heavy, so fucking heavy!! Belantara, out of nowhere, datang dalam hati. Tapi rupenye ada jugak selit lagu "Sutra" ni, malas nak tunjuk sangat jiwang masa tu. Tapi "Sutra" ni memang berantu, kalo tak pernah dengar Belantara, dengor la lagu ni. Kalau tak suka jugak, tolong dengar M. Daud Kilau... Dikau membunuhkuuuu.....



 SEKIAN DARI MARHAEN YANG BUAT2 BZ...

Tuesday, May 19, 2015

something not metal...

Kecoh lately dengan graduate selfie atas pentas time konvo. Ada yang menentang, ada yang menyokong, dengan precedent case graduate di UK.

New generation demands new responses - BLUTAR TLUTH

My 2 cents, respect the institution, not the ceremony. Yep, the institution.

Kalau institution kata yes, you may selfie with the pro-chancellor, lantak kau la nak menari or bogel sambil selfie. Kalau institution kata it is prohibited, then respect the institution.

Ni mesti tak datang rehearsal or institution tak buat guidelines dgn betul.



Monday, January 26, 2015

Review: AT THE GATES "AT WAR WITH REALITY" CD 2014

At The Gates
At War With Reality CD 2014
Century Media Records

Aku dah agak lama tinggalkan At The Gates (ATG). "The Red In The Sky..." pada tahun 1992 merupakan hanya album yang aku ada dalam simpanan. Sama ada "With Fear.." (1993) dan "Terminal Spirit.." (1994), dah takde dalam simpanan. Agaknya kebanjiran Gothenburg-DM bands yang banyak sangat tumbuh pada ketika itu membuatkan minat aku dah berubah. Not an explorer anymore, just a mere orthodox-minded yang banyak menolak pembaharuan dan perkembangan Gothenburg.
Digibook dengan free patch


Berbeza dengan "Slaughter of the Soul" (1995), aku cuba beli balik CD tu, tapi masih tak dapat menerima kebanyakan lagu dalam album yang dikatakan almost the best release of ATG.. Tapi best tu sebab ada lagu "Blinded By Fear", other songs never caught my attention, really.. Bila ATG buat reunion circa 2007, aku pun tak berapa nak ambik port. Cuma melayan beberapa sesi live diorang dalam youtube.

Semua persepsi di atas perlu dilangkaui apabila aku menerima "At War With Reality", satu digibook CD keluaran Century Media Records. Adakah ATG masih boleh aku terima dalam keadaan diri yang dah lama tak dengar Swedish Gothenburg-DM?

Lately minat terhadap digibook bertambah
First spin of the CD, aku memang tahu that the early perceptions yang aku ada mengenai ATG telah terbatal. First song, intro, second song, "Death And The Labyrinth" memang catchy, most probably sebab aku dapat rasakan sound dari album "Slaughter of the Soul" (1995) ada wujud dalam lagu ni. Iras-iras "Blinded by Fear" pun ada. Memang menarik!

Tapi pertanyaan seterusnya, adakah ATG melalui album ini dapat mempengaruhi aku menerusi lagu seterusnya? "Slaughter of the Soul" (1995) hanya mampu menarik perhatian aku dengan lagu pertama je.

Jawapannya, "At War With Reality" is much more to offer than "Slaughter of the Soul" (1995)!!

Setiap page ada abstract painting

Pada aku, kesemua lagu dalam album ni best, energetic even dalam slower version macam "The Conspiracy of the Blind" dan "Heroes and Tombs". Terdapat jugak lagu midlevel in tempo macam "The Book Of Sand",

Production wise memang terbaik oleh Lindberg and company. Album ni diproduce oleh band ATG sendiri di studio Fredman. Memang sukar nak mencari kelemahan oleh telinga yang sekadar listener, bukan musician macam aku.

Lagi contoh abstract painting

Satu album yang dapat disimpulkan sebagai easy-listening dalam Swedish Gothenburg-DM. Tak perlu technical skill sangat, tak perlu heavy sangat, takde slow sangat. Just nice bak kata orang, tu je aku dapat simpulkan mengenai album ni. Meskipun mungkin tiada apa yang baru dalam album ni dari segi muzik, I mean, ATG is always be ATG, tapi bagi orang yang dah lama tak follow band ni, aku rasa album ni merupakan satu kemestian.

Lepas ni kena cari balik 2 album ATG yang aku missed.