Monday, January 26, 2015

Review: AT THE GATES "AT WAR WITH REALITY" CD 2014

At The Gates
At War With Reality CD 2014
Century Media Records

Aku dah agak lama tinggalkan At The Gates (ATG). "The Red In The Sky..." pada tahun 1992 merupakan hanya album yang aku ada dalam simpanan. Sama ada "With Fear.." (1993) dan "Terminal Spirit.." (1994), dah takde dalam simpanan. Agaknya kebanjiran Gothenburg-DM bands yang banyak sangat tumbuh pada ketika itu membuatkan minat aku dah berubah. Not an explorer anymore, just a mere orthodox-minded yang banyak menolak pembaharuan dan perkembangan Gothenburg.
Digibook dengan free patch


Berbeza dengan "Slaughter of the Soul" (1995), aku cuba beli balik CD tu, tapi masih tak dapat menerima kebanyakan lagu dalam album yang dikatakan almost the best release of ATG.. Tapi best tu sebab ada lagu "Blinded By Fear", other songs never caught my attention, really.. Bila ATG buat reunion circa 2007, aku pun tak berapa nak ambik port. Cuma melayan beberapa sesi live diorang dalam youtube.

Semua persepsi di atas perlu dilangkaui apabila aku menerima "At War With Reality", satu digibook CD keluaran Century Media Records. Adakah ATG masih boleh aku terima dalam keadaan diri yang dah lama tak dengar Swedish Gothenburg-DM?

Lately minat terhadap digibook bertambah
First spin of the CD, aku memang tahu that the early perceptions yang aku ada mengenai ATG telah terbatal. First song, intro, second song, "Death And The Labyrinth" memang catchy, most probably sebab aku dapat rasakan sound dari album "Slaughter of the Soul" (1995) ada wujud dalam lagu ni. Iras-iras "Blinded by Fear" pun ada. Memang menarik!

Tapi pertanyaan seterusnya, adakah ATG melalui album ini dapat mempengaruhi aku menerusi lagu seterusnya? "Slaughter of the Soul" (1995) hanya mampu menarik perhatian aku dengan lagu pertama je.

Jawapannya, "At War With Reality" is much more to offer than "Slaughter of the Soul" (1995)!!

Setiap page ada abstract painting

Pada aku, kesemua lagu dalam album ni best, energetic even dalam slower version macam "The Conspiracy of the Blind" dan "Heroes and Tombs". Terdapat jugak lagu midlevel in tempo macam "The Book Of Sand",

Production wise memang terbaik oleh Lindberg and company. Album ni diproduce oleh band ATG sendiri di studio Fredman. Memang sukar nak mencari kelemahan oleh telinga yang sekadar listener, bukan musician macam aku.

Lagi contoh abstract painting

Satu album yang dapat disimpulkan sebagai easy-listening dalam Swedish Gothenburg-DM. Tak perlu technical skill sangat, tak perlu heavy sangat, takde slow sangat. Just nice bak kata orang, tu je aku dapat simpulkan mengenai album ni. Meskipun mungkin tiada apa yang baru dalam album ni dari segi muzik, I mean, ATG is always be ATG, tapi bagi orang yang dah lama tak follow band ni, aku rasa album ni merupakan satu kemestian.

Lepas ni kena cari balik 2 album ATG yang aku missed.